Jumat, 21 November 2014

Poligami

Dalam agama islam urusan mencari jodoh adalah mudah jika umat islam mengikuti perintah dan cara yang Allah dan Rasulnya telah ajarkan kepada kita. Setiap cara yang digariskan islam adalah amat bersesuaian dengan cara hidup manusia di zaman ini. Masakan tidak kerana kita diciptakan oleh Allah swt, penguasa alam ini, sudah tentulah peraturan dan cara hidup islam yang diwahyukan kepada Rasulullah saw amat bersesuaian dengan hidup kita.
Dalam urusan cari jodoh secara poligami, meskipun dibenci sebagian besar kaum hawa, tetapi ianya merupakan perkara yang dibenarkan dalam agama dan tidak boleh ditolak semudahnya, dan juga tidak boleh dinafikan kewajarannya pada zaman ini. Rasulullah saw sendiri mengamalkan hidup secara poligami.
Namun harus berhati-hati dalam menyelesaikan masalah cari jodoh secara poligami ini agar mampu menjadikan poligami sebagai satu jalan penyelesaian sosial dan bukan sebagai racun sosial.
Berikut ini adalah fakta dalam sejarah Rasulullah dalam hal perkawinan:
  1. Dalam perkahwinan yang pertama, dengan Khadijah ra, beliau tidak melakukan poligami, kerana belum terjadi masalah sosial yang dirasa perlu.
  2. Perkahwinan beliau dengan Aisyah ra, dilakukan lama setelah Khadijah wafat.
  3. Beliau menikahi janda-janda para syuhada pada saat masih menikah dengan Aisyah ra. Pada masa ini beliau melakukan poligami, bahkan kerana alasan sosial, beliau menikahi lebih dari 4 wanita dalam satu masa perkawinan.
Kesimpulannya, perkahwinan Rasulullah mengandungi tujuan-tujuan sebagai berikut;
  1. Rasulullah berkahwin lebih dari satu bukanlah didorong oleh nafsunya. Tetapi untuk menyiarkan syi'ar Islam untuk semua umat manusia di dunia ini.
  2. Memberi penghormatan serta perlindungan kepada wanita, di mana sebilangan besar dari isterinya adalah janda-janda yang memerlukan pelindung.
  3. Memuliakan serta memberi penghormatan kepada kaum keluarga ataupun para sahabatnya, sepertimana beliau telah mengahwini Hafsah binti Umar bin Khattab dan Zainab binti Jahsyi.
  4. Melalui perkahwinan, Rasulullah juga telah dapat meredakan rasa dendam serta permusuhan di antara kabilah-kabilah Arab.
  5. Menarik tokoh-tokoh berpengaruh Quraisy ke dalam agama Islam yang kemudiannya sama-sama pula berjuang untuk menegakkan Islam.
  6. Setelah beliau wafat, isteri-isteri beliau telah banyak memainkan peranan penting baik dalam meriwayatkan hadis mahupun pendapat-pendapat yang berhubungan dengan soal feqah.
  7. Memberi perlindungan serta kasih sayang kepada anak-anak yatim yang kehilangan ayah ketika berjuang menegakkan agama Allah.
  8. Sebagai tanda penghormatan kepada para sahabat yang menjadi syahid, beliau mengahwini isteri-isteri mereka untuk meneruskan tanggungjawab sebagai suami serta pelindung sesebuah rumahtangga.
  9. Menjelaskan kedudukan hukum, bahawa Islam memperbolehkan seseorang itu mengahwini bekas isteri anak angkatnya sebagaimana terjadinya peristiwa Zaid bin Haritsah.
  10. Memerdekakan para tawanan perang dari sesuatu kabilah melalui perkahwinan dengan salah seorang wanita yang menjadi tawanan.
  11. Sebagai penghargaan atas sikap lemah-lembut orang yang bukan beragama Islam, sebagaimana beliau menikahi Mariah al-Qibtiyah yang dihadiahkan oleh Raja Muqauqis dari Mesir.
  12. Untuk menambah penyokong serta penganut Islam yang seterusnya akan memperjuangkan tegaknya agama Allah itu dari masa ke masa.
Dari keterangan-keterangan yang tersebut, maka dapatlah kiranya diambil kesimpulan bahawa setiap perkahwinan yang dilakukan oleh Rasulullah mempunyai maksud serta tujuan yang mulia dalam erti kata cari jodoh secara poligami,.
Maka, tertolaklah segala tuduhan-tuduhan jahat dari orientalis Barat, yang sengaja ingin menghina serta menjatuhkan Islam dalam cari jodoh secara poligami.
Berikut dinyatakan tentang isteri-isteri Rasulullah dan sebab-sebab mengapa perkahwinan dan cari jodoh secara poligami itu terjadi. (Sila klik nama isteri-isteri Rasulullah untuk keterangan yang lebih terperinci.)
Jadi dari fakta sejarah Rasulullah saw dalam cari jodoh secara poligami yang dapat disimpulkan :
  1. Rasulullah saw  tidak melakukan poligami apabila realiti sosial tidak diperlukan
  2. Rasulullah saw tidak menikah poligami atas dasar “darurat seksual” tetapi kerana “darurat sosial” dimana setelah perang antara muslim dan kaum penentang Rasulullah saw lihat banyak janda-janda para Syuhada dimana beliau telah menawarkan kepada para sahabat lebih dahulu dan para sahabat menolaknya kerana janda-janda yang sangat tua.
  • Bahkan dari pelbagai riwayat disebutkan bahwa “isteri-isteri nabi merelakan (ridha) agar nabi tetap bersama Aisyah, meskipun Nabi selalu ingat meskipun dalam keadaan sakit yang payah”
  1. Rasulullah saw telah mensyariatkan had jumlah isteri yang akan dikahwininya. Syarat ini telah disebutkan oleh Allah (SWT) dengan firman-Nya;
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat." (Al-Qur'an, Surah an-Nisa’ ayat 3)
  • Ayat di atas menerangkan dengan jelas bahawa Allah telah menetapkan dalam cari jodoh secara poligami, seseorang itu berkahwin tidak boleh lebih dari empat orang isteri. Jadi, Islam membatasi kalau tidak beristeri satu, boleh dua, tiga atau empat sahaja
  • Diharamkan bagi suami mengumpulkan wanita-wanita yang masih ada tali persaudaraan menjadi isterinya. Misalnya, berkahwin dengan kakak dan adik, ibu dan anaknya, anak saudara dengan emak saudara baik sebelah ayah mahupun ibu.
  1. Disyaratkan pula berlaku adil, iaitu Berkuasa menanggung nafkah dan nafkah di sini ialah nafkah zahir, sebagaimana Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang bermaksud;
    1. Mampu memberi nafkah asas seperti pakaian dan makan minum.
    2. Mampu menyediakan tempat tinggal yang wajar.
    3. Mampu menyediakan kemudahan asas yang wajar seperti pendidikan dan sebagainya.
    4. Sihat tubuh badannya dan tidak berpenyakit yang boleh menyebabkan ia gagal memenuhi tuntutan nafkah zahir yang lain.
    5. Mempunyai kemampuan dan keinginan seksual.
Beberapa persoalan yang mungkin timbul dalam kehidupan dalam cari jodoh secara poligami;
  1. Isteri percaya bahawa cinta itu tidak boleh dikongsi
  2. Perasaan cemburu dan dengki yang membawa masalah pada kehidupan anak-anak kelak
  3. Tanggungjawab suami yang ingin berpoligami menjadi lebih berat namun diambil mudah oleh suami
  4. Pengaruh orang luar seperti ahli keluarga dan sahabat yang membuatkan lebih banyak salah faham
Cari jodoh secara poligami ini umpama air yang ada pasang surutnya tapi selalu ada penyelesaian jika terjadi tekanan. Hidup berpoligami memerlukan perjuangan keras untuk membuat hidup menjadi mudah dan ujian kehidupan ini perlu dipandang sebagai sebuah tanggung jawab yang sangat penting.
Seharusnya tidak ada alasan untuk selalu memandang negatif dalam hal cari jodoh secara poligami. Adakah kehidupan cari jodoh secara poligami itu selalunya susah dan menderita? Tidak semestinya, kerana tidak ada penunjuk tepat untuk menunjukkan sebuah perkahwinan itu berjaya.
Di luar sana, banyak perkahwinan tunggal yang gagal, kerana salah satu pasangan berkhianat atau sikap tidak jujur ​​yang boleh menimbulkan penderitaan panjang.
Tidak adil jika mengutuk cari jodoh secara poligami tanpa terlebih dulu menilai ada apa di sebalik poligami itu. Sebaliknya, mereka yang ingin berpoligami perlu berfikir lebih bijak supaya tidak merosakkan imej poligami dan menjadi contoh yang buruk kehidupan keluarga poligami.

0 komentar:

Posting Komentar

Contact

Talk to us

Assalamu’alaikum Wr. Wb…. It’s just a simple personal blog which is useful for me to introduce me myself and my familly to everyone in the world. I want find new friends esprecially from other contries in order that i can share about information or anything. besides, I wanna try to learn english as my first foreign language by communicating with other people in internet coz i am still the english learner so that there are still many mistakes may be found in this site. If you have a comment, critic, or feedback, please write here.

Address:

Jl. Kubang Raya Gg. Syuhada No.17 RT 02 RW 08, Kel. Tuah karya Kec Tampan Pekanbaru, Riau 28293

Work Time:

Monday - Friday from 9am to 5pm

Phone:

085 222 111 786