Jumat, 21 November 2014

Nikah Khitbah


Antara kaedah mempermudahkan proses cari jodoh dalam perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung.
Proses cari jodoh melalui Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad [ Ijab Qabul ]
Cuma beza proses cari jodoh melalui Nikah Khitbah ialah pasangan pengantin tidak tinggal serumah dalam tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti:
  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah/ sara tempat tinggal
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
Justeru itu, buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan atas persetujuan bersama dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar-benar telah bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga bersama.
Kelebihan cari jodoh dengan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun, maka apa yang mereka lakukan itu adalah  tidak salah atau tidak haram.
Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun .
(Imam Bukhari berkata) berkata kepadaku Farwah bin Abu Al Maghra’, berkata kepada kami Ali bin Mushir, dari Hisyam (bin ‘Urwah), dari ayahnya, dari ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha, dia berkata: Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menikahiku saat aku berusia  enam tahun, lalu kami mendatangi Madinah dan kami singgah di Bani Al Harits bin Khazraj .......... dst. (HR. Bukhari No. 3894)
Riwayat lain:
Nabi menikahi ‘Aisyah dan dia adalah seorang gadis berusia enam tahun kemudian dia membina rumah tangganya pada saat usia sembilan tahun. (HR. Bukhari No. 3896, dengan sanad: ‘Ubaid bin Isma’il, Abu Usamah, Hisyam bin’Urwah, dan ayahnya yakni ‘Urwah bin Az Zubeir)
Hadis ini menjadi dalil berlakunya proses cari jodoh melalui Nikah Khitbah dengan aqad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.
Maka, dengan ini proses cari jodoh melalui Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa :
Bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah.
Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .
Walaupun proses cari jodoh melalui nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak gadis dan teruna kita berpeleseran, bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.
Proses cari jodoh melalui Nikah khitbah boleh dianggap sebagai langkah pencegahan daripada dosa sebab kemungkinan untuk dating, bercumbuan, melakukan persetubuhan dan sebagainya itu tetap ada dalam usaha cari jodoh. Sekiranya selepas nikah, kalau perkara itu berlaku, tak la berdosa.. sebab dah nikah. Tapi itu bukan semata-mata alasan untuk bernikah sebab nikah ini bukan semata-mata untuk memenuhi keperluan nafsu, sebaliknya lebih daripada itu adalah memikul tanggungjawab yang tidaklah seindah yang disangka.
Walaupun proses cari jodoh melalui nikah khitbah ini melepaskan nafkah zahir (makan pakai dan tempat tinggal) daripada tanggungjawab suami (atas persetujuan kedua belah pihak), tetapi ia bukanlah merupakan satu kelebihan yang kebanyakan orang sangkakan.
Maka proses cari jodoh melalui nikah khitbah ini sekadar langkah pencegahan, dan bukan semata-mata menghalalkan dating sebab apabila pasangan yang bernikah khitbah ini duduk bersama, maka bermulalah tanggungjawab untuk memberi nafkah itu ditanggung oleh suami.
Oleh kerana proses cari jodoh melalui nikah khitbah ini melepaskan tanggungjawab nafkah terhadap suami, maka yang akan menanggung nafkah zahir isteri itu masih lagi menjadi tanggungjawab bapa mertuanya. Dalam kes seorang wanita, kalau dilakukan nikah khitbah ini, maka bapanya masih lagi bertanggungjawab untuk memberi nafkah zahir kepadanya.
Namun, sebelum calon cari jodoh mengemukakan cadangan pernikahan ini, nilailah dahulu situasi, mungkin situasi kita tak sama dengan orang lain. Sebab orang lain ramai juga yang melakukan nikah khitbah ini, tapi wali mereka yang beria-ria nak satukan mereka dulu (bermakna cadangan nikah khitbah itu adalah daripada pihak ibu bapa). Jadi, lakukanlah istikharah dan bermesyuaratlah dengan orang yang sepatutnya sebelum saudari melakukan apa juga tindakan. Jangan diikutkan sangat hati dan perasaan.

0 komentar:

Posting Komentar

Contact

Talk to us

Assalamu’alaikum Wr. Wb…. It’s just a simple personal blog which is useful for me to introduce me myself and my familly to everyone in the world. I want find new friends esprecially from other contries in order that i can share about information or anything. besides, I wanna try to learn english as my first foreign language by communicating with other people in internet coz i am still the english learner so that there are still many mistakes may be found in this site. If you have a comment, critic, or feedback, please write here.

Address:

Jl. Kubang Raya Gg. Syuhada No.17 RT 02 RW 08, Kel. Tuah karya Kec Tampan Pekanbaru, Riau 28293

Work Time:

Monday - Friday from 9am to 5pm

Phone:

085 222 111 786