Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Benar, proses cari jodoh bukan berhenti sekitar berkenalan, ianya diselesaikan dengan perkahwinan. Bab paling susah sekali untuk dipenuhi ialah soal duit untuk belanja kahwin.
Jika sudah cari jodoh, perkara perlu ambil tahu adalah duit.
Yela..belanja kahwin zaman sekarang bukannya murah, duit hantaran sahaja sudah boleh mencecah hingga RM10,000 dan itu belum lagi dicampur dengan duit belanja kenduri lain seperti barang-barang hantaran, sewa pelamin, upah mak andam, jurgambar, kad jemputan, bunga telur, cincin kahwin, sewa kanopi, catering,.. argghhh!! pendek kata, kalau tak ada RM20,000 dalam tangan.. usahlah bermimpi nak kahwin zaman sekarang.
Dah dapat calon cari jodoh, bakal mertua pula asik bertanya, "Bila nak masuk meminang?".. telinga calon cari jodoh berasap asyik mendengar soalan yang sama diajukan berulang-ulang kali. Kalau ikutkan hati, sekarang juga nak kahwin. Tapi apakan daya.. duit simpanan belum cukup lagi.
Mari kita semak semula mengapa calon cari jodoh sekarang ni lebih gemar untuk lama membujang daripada berkahwin?
Artikel cari jodoh kali ini ingin berkongsi berkenaan persoalan “Mengapa Islam menggalakkan umatnya supaya merendahkan mahar?”
Secara definasinya Maskahwin/ Mahar adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka " (Surah An-Nisa': 4 )
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Riwayat Bukhari )
Berdasarkan hadith ini, maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat.
Rasulullah s.a.w. pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz) sedikit daripada ayat Al-Qur'an, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.
Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud )
Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Riwayat Ahmad )
Jika cari jodoh dengan kesedaran cinta Rasul, ramai orang cuba untuk mengikut sunnah dalam persoalan mahar, tetapi mereka tersilap dalam memahami sunnah Nabi. Kata Nabi Sebaik-baik mahar ialah yang paling mudah. Hadis ini menjadi hujah mereka bahawa mahar hendaklah direndahkan, agar perkahwinan tersebut menjadi perkahwinan yang menurut sunnah
Mahar yang rendah, ialah apabila seseorang bapa ingin mengahwinkan anak perempuannya dengan seseorang lelaki, tetapi lelaki itu ialah seorang yang tidak mampu.
Justeru, kerana lelaki itu baik agamanya, baik juga akhlaknya, maka bapa itu merendahkan maharnya menjadi serendah-rendahnya sehingga mampu dibayar oleh lelaki itu.
Inilah yang menjadi sunnah dalam merendahkan mahar!
Justeru, perkahwinan tersebut akan menjadi suatu perkahwinan yang sangat mudah, cepat dan ringkas.
Dalam cari jodoh, ianya bukan sekadar berkenalan, calon cari jodoh perlu faham tentang matlamat asas perkahwinan.
Perkahwinan dengan merendahkan mahar itu, ialah perkahwinan yang tiada kos lain, berbeza dengan perkahwinan pada hari ini yang terlalu jauh daripada sunnah Muhammad!
Ini kerana, perkahwinan dengan merendahkan mahar itu
tiada majlis pertunangan,
tiada hantaran pertunangan,
tiada pakaian pengantin,
tiada pakaian sedondon keluarga pengantin,
tiada hantaran perkahwinan,
tiada kad jemputan perkahwinan,
tiada kos katering atau kenduri kahwin,
tiada kos sewa khemah atau kerusi meja,
tiada kos fotografi,
tiada kos audio-video perkahwinan,
tiada kos lain langsung!
Berapa ramai orang telah menzalimi pemuda yang ingin berkahwin, apabila mereka mengenakan pelbagai kos yang tiada dalam agama! dan Berapa ramai lelaki yang teraniaya, apabila mereka terpaksa berhutang semata-mata untuk berkahwin!
Bagi lelaki yang mampu pula, mereka hendaklah membayar mahar yang lebih tinggi, dan merendahkan kos perkahwinan yang lain.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :Dan berikanlah wanita-wanita itu mahar mereka sebagai hadiah» [An-Nisa’: 4]
Berapa ramai orang telah menzalimi wanita, apabila mereka merendahkan bayaran mahar untuk mereka, tetapi mereka meninggikan segala kos lain perkahwinan!
Berapa ramai ibu bapa yang menjadi papa, apabila inginkan kemeriahan perkahwinan anak mereka!
Wahai bapa kepada wanita, jika anda berjumpa lelaki yang tidak mampu untuk berkahwin, sedangkan agamanya baik dan akhlaqnya baik, maka kahwinkanlah anak perempuan anda dengannya, dengan mahar yang rendah yang mampu dibayar oleh lelaki itu tanpa sebarang kos lain untuk perkahwinan.
Allah melimpahkan keberkahan bagi pernikahan yang mudah itu (tidak terlalu rendah, tidak terlalu tinggi maharnya) hingga di kemudian hari mereka dilimpahi harta, kekayaan dan keturunan soleh dan solehah.
Renung selalu sabda Rasul saw, “Semulia-mulia dan seberkah-berkahnya mahar akad nikah adalah yang paling kecil jumlahnya.”
Oleh itu, ahli keluarga calon cari jodoh perlu faham bahawa dalam persoalan mahar, semakin rendah jumlahnya, semakin berkah.
0 komentar:
Posting Komentar